30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

215 pelajar UPSI dibenarkan pulang ke Sabah

Mesti Baca

TANJUNG MALIM – Seramai 215 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini yang berasal dari Sabah telah dibenarkan pulang ke negeri berkenaan, baru-baru ini setelah menerima kebenaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Penasihat Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS), Mohd Fadhil Abdullah berkata, usaha itu adalah hasil kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, IKSAS serta Jalinan Anak Sarawak (JASA).

Menurut beliau, masih ada 66 pelajar Sabah yang tidak pulang disebabkan tuntutan tugas dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Mohd Fadhil memberitahu, situasi pandemik COVID-19 turut menyebabkan ramai pelajar UPSI yang berada di Sabah tidak dapat pulang ke kampus.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada ibu bapa agar tidak risau akan kebajikan anak-anak mereka yang masih berada di kampus UPSI kerana pihak UPSI sentiasa berusaha menjaga kebajikan pelajar yang tidak balik kampung iaitu melalui bantuan-bantuan makanan, kediaman dan lain-lain lagi,” katanya.

Mohd Fadhil yang juga Pengetua Kolej Awang Had Salleh berkata, sekiranya mempunyai keperluan mendesak, pelajar boleh menghubungi IKSAS yang sememangnya ditubuhkan khas bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar Sabah di UPSI.

Beliau menambah, pelajar-pelajar UPSI dari Sabah turut menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana tahun ini.

Mohd Fadhil berkata, UPSI turut mengedarkan bungkusan makanan sempena Aidiladha untuk pelajar dari Sabah yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ts Dr Suriani Abu Bakar .

Md Amin Md Taff (tengah) turut meninjau proses penghantaran pulang para pelajar UPSi baru-baru ini. – Gambar: UPSI

“Semalam, UPSI mengagihkan makanan kepada kakitangan UPSI seperti pengetua, felo, petugas serta pelajar yang masih berada di sekitar UPSI bagi menghidupkan suasana hari raya yang sememangnya berbeza daripada tahun-tahun lalu,” katanya.

Beliau memahami mahasiswa anak-anak Sabah di UPSI terpaksa menundahasrat untuk balik beraya bersama sanak saudara di kampung halaman demi keselamatan diri dan membendung penularan COVID-19.

Walau bagaimanapun, katanya, ahli-ahli IKSAS harus bijak memanfaatkan aplikasi seperti WhatsApp dan Facebook untuk menitip ucapan Aidiladha kepada mereka.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pengurusan tertinggi UPSI dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya dalam menjaga kebajikan semua pelajar khususnya pelajar-pelajar dari Sabah.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua mahasiswa anak Sabah atau ahli IKSAS sama ada yang berada di kampung halaman masing-masing mahupun di sekitar kampus,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan