26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Ismail Sabri umum perubahan SOP bagi Fasa 1, 2 PPN

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Kerajaan bersetuju untuk melakukan sedikit perubahan ke atas prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa 1 dan Fasa 2, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu dilakukan berikutan perkembangan positif kadar vaksinasi negara.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, bagi Fasa 1 ia melibatkan enam perubahan manakala Fasa 2 pula melibatkan dua perubahan.

“Bagi Fasa 1, dalam usaha meningkatkan produktiviti kehadiran di pejabat bagi sektor awam ditingkatkan kepada 40 peratus dan tertakluk kepada arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Selain itu sektor perakaunan juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 60 peratus,” katanya.

Ismail Sabri berkata, operasi pasar harian dan pasar awam dilanjutkan dari pukul 6 pagi hingga 4 petang tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan pematuhan SOP dan pengawasan anggota Rela atau PBT.

Baca juga:   Rafidah tak faham masalah sebenar rakyat biasa - CUEPACS

“Manakala waktu operasi bagi pasar segar terkawal (PST) akan dilanjutkan dari pukul 7 pagi hingga 2 petang,” katanya.

Beliau  yang juga Menteri Pertahanan turut memaklumkan bagi Fasa 1, aktiviti berbasikal dan permainan individu yang boleh mengamalkan penjarakan fizikal 2 meter hingga 3 meter dibenarkan di kawasan kejiranan sahaja.

“Pelabuhan, lapangan terbang dan sektor logistik dibenarkan untuk beroperasi 24 jam. Pengoperasian lombong dan kuari adalah dibenarkan dengan kapasiti pekerja sehingga 60 peratus tertakluk kepada SOP perlombongan dan pengkuarian.

Baca juga:   'Geng 15' UMNO jangan duk lebih sudu dari kuah

“Ini bagi memenuhi keperluan projek-projek kritikal yang melibatkan pembaikan dan pembinaan jalan raya, jalan-jalan luar bandar serta persekutuan,” katanya.

Bagi Fasa 2, Ismail Sabri memaklumkan, penggambaran filem di luar studio dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat dan waktu operasi perniagaan dari pukul 6 pagi hingga 10 malam termasuk speciality stores (stesen minyak). – Edisi 9

Terkini

Mayat seorang makanik ditemukan sudah reput

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki ditemukan sudah reput dan berbau dalam keadaan terlentang atas katil bilik utama rumahnya...

Lagi Artikel Berkaitan