31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Agong, Permaisuri zahir harapan umat Islam terus bersabar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan harapan agar umat Islam di negara ini terus cekal, bersabar dan bersyukur kerana masih diberi kesihatan serta kekuatan menyambut Aidiladha pada tahun ini dalam suasana sederhana bersama keluarga tercinta.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Facebook Istana Negara hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini mahupun di luar negara.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita kerana buat kedua kalinya umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan hari yang bermakna ini seperti kelazimannya akibat pandemik Covid-19.

“Seri Paduka Baginda berdua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para petugas barisan hadapan di atas kegigihan, komitmen dan pengorbanan berterusan tanpa mengira masa serta penat lelah merawat pesakit-pesakit Covid-19 dan dalam usaha-usaha memerangi pandemik ini sejak tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Baca juga:   Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-juara AFC milik Safawi

Justeru, Seri Paduka berdua menyeru seluruh umat Islam di negara ini tidak alpa dan berdisiplin dalam kawalan kendiri serta mematuhi semua perintah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam meraikan perayaan itu.

Seri Paduka berdua turut mengambil kesempatan menyeru umat Islam di negara ini untuk bersama Baginda berdua mendoakan agar sentiasa di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan pandemik Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera. – Edisi 9

Baca juga:   Banyak negara Arab sambut Aidiladha 9 Julai

Wartawan

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan