28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

3,391 isi rumah dapat manfaat Bakul Prihatin Negara

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak 1,017 penerima melibatkan 3,391 isi rumah telah mendapat manfaat daripada Bakul Prihatin Negara sehingga pukul 5 petang hari ini — inisiatif kerajaan dan korporat yang digerakkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Julai lalu.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan memberitahu, penerima terlibat adalah mereka dari 48 daerah di 11 negeri yang mengemukakan permohonan menerusi tiga saluran yang diaktifkan oleh kementerian tersebut.

Ketika melancarkan program tersebut Muhyiddin berkata, ia melibatkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta.

Perdana Menteri berkata, program itu adalah komitmen kerajaan dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan masyarakat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Advertisements

Program berkonsepkan ‘masyarakat menyeluruh’ membabitkan kerjasama kerajaan dan syarikat korporat dan ia diuruskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM.

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi beras, gula, tepung gandum, bihun, kicap, sardin, biskut, kopi dan garam.

Muhyiddin berkata, daripada peruntukan RM21 juta itu, RM5 juta adalah peruntukan kerajaan manakala RM16 juta disumbangkan oleh syarikat korporat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan