32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hartal doktor kontrak perlu ditangani segera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan menangani permasalahan doktor kontrak dengan kadar segera berikutan hartal yang dilancarkan mereka semalam.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, hartal terpaksa dilakukan, lantaran ketidakupayaan pihak berwajib untuk memberi sebuah penyelesaian yang mapan dan jelas menyebabkan mereka merasakan masa depan yang tidak menentu. 

“Kerana kurangnya keprihatinan pada nasib dan masa depan mereka oleh kerajaan menjadi punca pemasalahan ini berlaku, sedangkan mereka adalah doktor muda yang menjadi aset terpenting negara. Negara memerlukan mereka.

 “Justeru, MBM amat bimbang jika isu mereka tidak ditangani segera maka mereka tidak dapat benar-benar fokus dan tidak dapat memberikan khidmat terbaik bagi menggalas tugasan berat merawat pesakit COVID-19 dan pesakit-pesakit lain,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, amat jarang masyarakat melihat kumpulan profesional ini melakukan hartal mahupun turun ke jalanan melainkan sesuatu mesej besar yang mahu disampaikan kepada kerajaan untuk didengari dan ditangani segera.

“MBM melihat perkara ini sesuatu yang serius memandangkan sebahagian besar doktor kontrak adalah doktor muda yang harus disantuni,”katanya.

Advertisements

Jelasnya, beberapa kelemahan dapat dilihat dalam sistem kontrak ini di mana doktor muda berhadapan dengan kesulitan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi (pegawai kontrak tidak layak memohon Hadiah Latihan Persekutuan, dan juga tidak boleh menduduki kertas peperiksaan kepakaran dari luar negara).

“Bukan itu sahaja, pegawai kontrak juga tidak layak untuk kenaikan tangga gred perjawatan, di samping tidak layak memohon pinjaman perumahan. Ini hanyalah sebilangan perkara asas yang menjadi keperluan bagi setiap pegawai yang berkhidmat,”katanya.

Oleh demikian katanya, MBM memberi cadangan dan menggesa kerajaan untuk memberi ruang seluasnya kepada pegawai perubatan kontrak untuk menyambung pelajaran ke peringkat kepakaran.

“Mungkin boleh diperkenalkan beberapa jenis biasiswa lain, dengan bantuan swasta sebagai penaung, tidak hanya terikat pada Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.

“Bukalah jalan dan berikan harapan pada mereka untuk mendapat hak dan kelayakan seumpama senior yang telah diserap ke perkhidmatan tetap,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan