25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bersihkan udara dalam rumah untuk kehidupan lebih sihat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Memandangkan masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa sepanjang hari di dalam rumah, jadi kualiti udara dalaman adalah sangat penting dititikberatkan.

Ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromikan atas sebab-sebab kesihatan.

Justeru adalah lebih penting untuk kita meluangkan masa untuk memahami kepentingan kualiti udara dalaman dikala masih berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP) semasa dan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 yang melanda.

Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, indeks pencemaran udara (API) tempatan semasa fasa ketiga dan keempat PKP pada tahun lepas telah menunjukkan penurunan sebanyak 26 peratus, mencatatkan udara yang lebih sihat berbanding sebelum PKP bermula.

Dengan kekurangan atau bahkan ketiadaan pergerakan kenderaan dan penutupan hampir semua kilang, kualiti udara di negara ini menjadi lebih bersih, lebih selamat dan lebih sihat untuk semua.

Udara bersih adalah keperluan asas yang sewajarnya dinikmati oleh semua orang dan salah satu cara terbaik untuk menulenkan udara dalaman, dengan menghapuskan bahan kontaminasi dan pencemar adalah dengan penulen udara.

Di Coway, sebuah syarikat yang bangga dikenali sebagai The Best Life Solution Company, sentiasa berusaha untuk mewujudkan persekitaran hidup yang sihat dan menyenangkan menerusi inovasi.

Dengan rangkaian penulen udara mereka – TUBA, BREEZE, LOMBOK III dan STORM, setiap rumah tangga kini boleh mencapai indeks udara yang lebih sihat dan tulen untuk menambah baik kesihatan respiratori.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, Coway sentiasa mahukan yang terbaik dan kami komited untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelanggan kami dengan memastikan mereka mendapat akses air bersih dan udara sihat.

“Dengan keperluan untuk berada di dalam rumah dan bekerja dari rumah menjadi kebiasaan sekarang, kebanyakan orang tidak menyedari kepentingan udara yang bersih dalam rumah,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Menurut beliau, udara di dalam rumah juga berbahaya, dipenuhi dengan kontaminan dan pencemar yang kita tidak boleh lihat.

“Tanpa pengalihan udara yang baik, kualiti udara dalaman sebenarnya boleh menjadi lebih buruk daripada udara di luar.

“Justeru, rangkaian penulen udara Coway direka dan dibina untuk memenuhi keperluan semua, tanpa mengira saiz rumah tangga dan kumpulan umur,”katanya.

Dengan sensor pintar dan reka bentuk menarik, penulen udara BREEZE, STORM dan TUBA boleh menyingkirkan kontaminan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari udara di dalam rumah kita.

Penulen udara terbaharunya, LOMBOK III dibina oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Coway sendiri.

Ia dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberitahu pengguna tentang tahap habuk halus dan kehadiran bau kuat dalam udara.

LOMBOK III juga dilengkapi dengan ioniser, yang menyediakan lebih daripada penapisan udara, ia juga membantu menghapuskan oksigen teraktif dan elektrik statik dari udara.

Dengan Resistive Barrier Discharge (RBD) Plasma dan sistem penapisan enam langkah yang canggih, LOMBOK III dibina untuk memerangkap gas, alergen dan pencemar berbahaya secara berkesan – memastikan udara dalaman yang lebih bersih untuk rumah kita. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan