30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Bakul Prihatin Negara: 5 syarikat sumbang RM16 juta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan bernilai RM16 juta daripada lima syarikat korporat untuk menjayakan program Bakul Prihatin Negara.

Beliau menerima sumbangan tersebut semasa membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.

Kementerian itu dalam kenyataan media hari ini berkata, syarikat-syarikat berkenaan adalah Yayasan PETRONAS bernilai RM5 juta, AEON Big (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta), Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia bernilai RM2 juta.

“Sumbangan daripada sektor korporat untuk Bakul Prihatin Negara disalurkan menerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM.

“Keprihatinan syarikat-syarikat korporat yang telah tampil untuk menyokong usaha menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19 menerusi program ini amat dihargai dan diharap menjadi galakan kepada syarikat-syarikat lain untuk turut menyumbang,” jelas kementerian berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Tambah KPWKM, program Bakul Prihatin Negara adalah hasil cetusan idea Perdana Menteri sendiri sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut kementerian itu, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Baca juga:   Bot nelayan Indonesia terlajak ceroboh perairan Malaysia
Baca juga:   33,872 kes sembuh berbanding 22,030 kes positif, semalam

Program Bantuan Bakul Makanan adalah salah satu inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kementerian itu memberitahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac 2020, Kerajaan melalui KPWKM telah mengagihkan sejumlah 1.4 juta bakul makanan yang memberi manfaat kepada 5.6 juta isi rumah yang terjejas dan terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Tidak cukup dengan itu pada 1 Julai yang lalu di bawah pakej PEMULIH,
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 ribu untuk setiap ahli Parlimen tanpa mengira parti politik.

“Jumlah keseluruhan peruntukan itu adalah sebanyak RM66.6 juta melibatkan penyediaan kira-kira 666 ribu bakul makanan yang dianggarkan memberi manfaat kepada 2,664,000 rakyat di seluruh negara.

“Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesanapabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan ‘seluruh masyarakat’ melibatkan kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” jelas KPWKM.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108
daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999.

Baca juga:   33,872 kes sembuh berbanding 22,030 kes positif, semalam

Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui media sosial rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Baca juga:   Tahniah Azizulhasni, usah patah semangat Shah! - Muhyiddin

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

Rundingan belum selesai, Pas tolak PRU-15 dalam masa terdekat

"PEMBUBARAN Parlimen tidak perlu disegerakan." Demikian pendirian yang dibuat oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini. Malah...

Lagi Artikel Berkaitan