24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Annuar rayu orang Kelantan jangan rentas sempadan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merayu kepada anak-anak Kelantan di perantauan agar tidak merentas sempadan untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung masing-masing.

Menurut beliau, rayuan itu dibuat memandangkan Lembah Klang masih merekodkan kes sporadik COVID-19 yang tingggi.

“Kepulangan kita boleh membantut pemulihan Kelantan dan ujud semula kluster baru,” kata Annuar dalam ciapan Twitter, hari ini.

Selangor dilaporkan mencatat 4,828 kes baharu COVID-19 hari ini manakala Kuala Lumpur merekodkan 945 kes baharu.

Kelantan pula mencatatkan sebanyak 146 kes baharu hari ini.

Selain itu, kemunculan varian Delta yang sangat berbahaya boleh menyebabkan penularan COVID-19 dengan pantas di luar Lembah Klang sekiranya mereka yang dijangkitinya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Advertisements

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari, kebelakangan ini.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri diarahkan untuk meningkatkan penguatkuasaan, dan tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah.

“Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab, daripada menyalahgunakan surat kebenaran MITI sebagai kelulusan merentas negeri, untuk sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, Acryl Sani berkata larangan tersebut tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis, serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

PDRM turut mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya di Jeli kelmarin. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan