32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

52,000 ujian saringan di Selangor punca kes harian cecah 11,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 52,000 ujian saringan Covid-19 yang dilakukan di lapangan dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menjadi penyumbang peningkatan kes harian wabak itu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semalam sahaja sebanyak 52,115 ujian RTK dilakukan di kawasan berkenaan serta kilang-kilang di Selangor sehingga kes hari ini mencecah 11,079 kes di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Selangor sahaja menyumbang 5,263 kes baharu diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes serta Negeri Sembilan (1,033 kes) menjadikan jumlah kumulatif sehingga hari ini.

Beliau berkata, turut menyumbang peningkatan kes adalah faktor varian baharu yang merebak sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PK) pada 1 Jun lalu.

“Dalam tempoh 10 hari kita berjaya meratakan kes dari 9,000 lebih turun ke 5,000 dan 4,000 lebih dan semakin menurun tetapi sekarang ini meningkat semula. 

“Salah satu faktor peningkatan ini ialah varian dan kita dimaklumkan, delta menjadi varian dominan. Sebelum ini ialah beta yang telah merebak seluruh negara dan setiap negeri dikesan ada beta varian tetapi delta varian ini merebak dengan cepat. 

“Kalau 100 orang dijangkiti, ia boleh menjangkiti 800 orang dalam masa singkat. Kita lihat jangkitan ikut udara dan dalam masa singkat, ia boleh menjangkiti jadi perlu ambil tindakan bagi mengelakkan jangkitan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (​Kesihatan Awam), Datuk Dr. Chong Chee Kheong.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan mempertingkatkan ujian saringan RTK melibatkan air liur terutama di Lembah Klang dan Negeri Sembilan yang kini menyumbang lebih 70 peratus kes harian Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan merekodkan turut merekodkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 96,236 kes termasuk 972 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, sebanyak 125 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada hari ini termasuk 17 daripadanya warga asing, menjadikan jumlah kes kematian sehingga kini sebanyak 6,385 kes.  

Menurutnya, terdapat 23 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 13 kluster tempat kerja dan 10 kluster komuniti. – Edisi 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan