28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

RM100 juta lagi untuk sumber luaran kesihatan di Lembah Klang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM100 juta lagi bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan yang berkaitan khususnya di Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah penyumberluaran itu merangkumi merujuk kes bukan COVID-19 di Lembah Klang ke hospital swasta yang telah bersama-sama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal pandemik.

Menurut beliau, bagi menangani peningkatan kes mendadak di Lembah Klang, KKM juga menambah dua buah hospital penuh COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang bermula 23 Jun lalu.

Katanya, hospital lain juga akan dijadikan sebagai hospital hibrid COVID-19 kecuali Hospital Shah Alam yang dikekalkan sebagai hospital bukan COVID-19.

“Kita juga telah menambah kapasiti katil di semua hospital di Lembah Klang iaitu daripada 3,412 kepada 3,777 di Selangor dan 795 kepada 1,129 buah katil di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Baca juga:   Shahrukh Khan, Katrina Kaif positif COVID-19

“KKM juga telah bekerjasama dengan tiga buah hospital pengajar universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya; Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengoptimumkan penggunaan katil di hospital tersebut,” kata beliau dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, Dr Adham berkata, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu MAEPS 2.0 akan diperluaskan skop perkhidmatan sebagai Hospital Bersepadu MAEPS.

Beliau berkata, Hospital Bersepadu MAEPS itu akan menjalankan fungsi yang sama dengan hospital kerajaan lain.

Baca juga:   COVID-19: 2,867 kes baharu, dua kematian

Kata beliau, ia untuk memberi perawatan pemulihan kecemasan kes COVID-19 kategori 3 dan 4 dengan menambahkan kapasiti oksigen kepada lebih 1,500 pesakit.

Pada masa ini, beliau berkata, terdapat 4,888 katil di PKRC MAEPS 2.0 bagi tujuan tersebut.

“Ini bertujuan untuk membolehkan HTAR serta hospital KKM di Lembah Klang meningkatkan kapasiti bilangan katil COVID-19,” jelas beliau. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ismail Sabri sedia bangkit isu pengeluaran KWSP di Parlimen

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan beliau membangkitkan isu pengeluaran KWSP secara bersasar sewaktu perbahasan...

Lagi Artikel Berkaitan