24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

13,215 kes baharu COVID-19, rekod tertinggi Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini, terus melonjak naik dengan merekodkan sejumlah 13,215 kes, sekali gus merupakan rekod tertinggi dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Rekod tertinggi jangkitan baharu COVID-19 sebelum ini adalah sebanyak 11,618 kes yang dicatatkan kelmarin.

Sekurang-kurangnya 10 buah negeri menyaksikan peningkatan kes baharu COVID-19, seterusnya menjadi penyumbang kepada kenaikan mendadak kes baharu COVID-19.

Daripada jumlah kes jangkitan, sebanyak 880,782 jumlah keseluruhan kes COVID-19 telah dilaporkan di seluruh negara setakat ini.

Maklumat tersebut dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter beliau, hari ini.

Terdahulu, dalam tempoh dua hari berturut-turut angka penularan COVID-19 melepasi angka 11,000 dengan 11,079 kes dicatatkan semalam, manakala 11,618 kes dicatatkan kelmarin.

Advertisements

Bagaimanapun, sedikit penurunan penularan COVID-19 dilaporkan pada 12 Julai lalu dengan 8,574 kes jangkitan sementara 9,105 kes baharu pada 11 Julai, 9,353 kes pada 10 Julai dan 9,180 kes pada 9 Julai lalu.

Dr. Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan angka melebihi 6,000 hari ini dengan 6,120 kes baharu dicatatkan berbanding 5,051 kes semalam diikuti Negeri Sembilan dengan 1,603 kes dan Kuala Lumpur (1,499 kes). 

“Kedah pula mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 dengan 695 kes dicatatkan berbanding semalam hanya 504 kes, diikuti Johor (599 kes), Pulau Pinang (509 kes), Melaka (484 kes), Sabah (370 kes), Sarawak (363 kes), Perak (344 kes), Kelantan (255 kes) dan Pahang (222 kes).

“Selebihnya Terengganu (70 kes), Putrajaya (53 kes), Labuan (26 kes) dan Perlis kekal dengan tiga kes dilaporkan,”katanya.

Dari segi jumlah kumulatif, Selangor merekodkan 307,094 kes , diikuti Kuala Lumpur (94,336), Johor (76,636), Sabah (73,506), Sarawak (70,228) dan Negeri Sembilan (57,359).

Sementara itu, dua Wilayah Persekutuan dan sebuah negeri mencatatkan jumlah kumulatif dibawah angka 10,000 dengan Labuan mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 9,331 kes, Putrajaya (2,814) dan Perlis dengan 614 kes. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan