26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Lokman didapati bersalah hina mahkamah, dipenjara 1 bulan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam penghakimannya berkata, responden (Lokman) melakukan penghinaan dengan mengancam Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan ke-8.

“Saya dapati tindakan responden membuat laporan polis dan membuat kenyataan media, terjumlah kepada suatu ugutan terhadap PW8 (Amhari Efendi) dan pihak lain sebagai saksi yang berpotensi dalam kes perbicaraan ini.

“Mahkamah ini mendapati responden bersalah kerana menghina mahkamah dan perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan mulai hari ini,” kata hakim, lapor Bernama.

Hakim Sequerah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan membabitkan jumlah bon RM3,000 dengan seorang penjamin.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan