26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Program vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Di sebalik peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, kadar vaksinasi harian Malaysia melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia dengan lebih 400,000 dos suntikan diberikan sehari.

The Sydney Morning Herald hari ini melaporkan, ia meletakkan program vaksinasi Malaysia antara terpantas di dunia seperti Kanada dan Australia.

Dalam temu bual dengan The Sydney Morning Herald dan The Age, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberitahu, kerajaan berjaya meningkatkan kadar inokulasi selepas dua bulan rundingan semula dengan pembekal vaksin Pfizer, di mana 70 peratus daripada vaksin yang dibeli adalah daripada BioNTech.

“Sebahagian besar vaksin yang dibeli kerajaan adalah Pfizer yang meletakkan Malaysia dalam medan ‘pertarungan’. Maka kerajaan memutuskan, kita tidak boleh bergantung pada satu atau dua syarikat sepenuhnya,” katanya dalam temu bual itu.

Menurut Khairy, dalam keadaan sekarang, adalah penting untuk setiap rakyat mendapat suntikan vaksin dalam membentuk imuniti kelompok.

Selain Pfizer, katanya, Malaysia meluluskan Sinovac dari China dan AstraZeneca.

Menurutnya, meskipun pada awalnya sedikit perlahan, kini setiap seorang daripada empat rakyat Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat minggu ini.

Semalam, jumlah pemberian vaksin harian mencatat angka sebanyak 434,828 dos suntikan – jumlah tertinggi setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 279,938 individu menerima dos pertama dan 154,890 lagi, lengkap dos kedua.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Feb adalah sebanyak 12,647,558 dos.

“Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah lengkap dua dos vaksin ialah 4,003,266 atau sebanyak 12.3 peratus daripada populasi rakyat Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan