29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

119 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan – Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 119 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan yang dilaksanakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institusi Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut adalah Variant of Concern (VOC) melibatkan 106 kes varian Delta (B.1.617.2), 10 kes varian Beta (B.1.351) serta tiga kes varian Alpha (B.1.1.7). 

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 429 kes.  

“Daripada jumlah yang dikesan, 409 kes adalah VOC manakala, 20 kes adalah VOI,” katanya menerusi Facebooknya hari ini. 

Beliau berkata, secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 189 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,”katanya.

Penyelidikan dilakukan selepas kes baharu positif COVID-19 dikenal pasti bermula 12 hingga 22 Julai dan daripada itu Sarawak telah merekodkan 76 kes diikuti Selangor (14 kes) dan Pahang (lapan kes).

Manakala Johor (enam kes), Perak (empat kes), Kedah dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga kes), Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (masing-masing dua kes) dan Kelantan (satu kes). – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan