24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

11 lagi penghuni di pusat jagaan diselamatkan – Rina

Mesti Baca

CYBERJAYA – Susulan kes penderaan melibatkan seorang remaja kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Bella yang mendapat perhatian umum baru-baru ini, 11 lagi penghuni di pusat jagaan di ibu negara, berjaya diselamatkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, kesemua penghuni itu diselamatkan menerusi operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Khamis lalu.

Beliau berkata, enam daripada kanak-kanak itu kini ditempatkan di institusi di bawah JKM manakala lima lagi termasuk yang berusia 18 tahun dikembalikan kepada keluarga atau saudara masing-masing dalam keadaan selamat.

Katanya, bagi kanak-kanak yang ditempatkan di bawah JKM, perintah penjagaan sementara selama tiga bulan telah diperoleh dan selepas tempoh itu, tindakan yang diambil akan bergantung kepada situasi semasa.

Advertisements

“Pada 15 Julai, hasil aduan awam JKM bersama bahagian D11 PDRM telah sekali lagi menjalankan operasi menyelamat ke atas 11 orang kanak-kanak yang masih lagi berada di bawah jagaan pengusaha pusat penjagaan kanak-kanak itu. Seramai enam orang telah ditempatkan di institusi pentadbiran JKM dan lima lagi telah dikembalikan kepada keluarga,” katanya lapor Asto Awani.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kepada anak-anak bekas penghuni sebuah pusat jagaan di Kuala Lumpur di Rumah Kanak-Kanak Rembau, di Rembau hari ini.

Rina beliau menggesa pihak polis untuk menyegerakan siasatan berhubung kes penderaan membabitkan remaja perempuan berkenaan.

Katanya, pelaku yang didapati terlibat dengan kes penderaan itu perlu diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang tegas dan setimpal.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan