25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Permainan digital jadi hiburan pilihan remaja

Mesti Baca

TANJONG MALIM – Pandemik COVID-19 yang melanda negara memberi kesan kepada kehidupan golongan remaja di mana mereka beralih kepada permainan digital yang dianggap sebagai hiburan pilihan berikutan tempoh terkurung di rumah begitu lama.

Pensyarah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim berkata, kini berlaku peningkatan jumlah pemain permainan digital dan kadar masa peruntukan yang digunakan remaja untuk bermain permainan digital semasa pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Beliau yang juga penyelidik permainan digital berkata, berdasarkan personaliti, tingkah laku, sikap dan pilihan generasi (Gen) Y, Z dan Alfa kini, ia dipengaruhi dengan percambahan teknologi yang disesuaikan dengan peredaran masa.

permainan digital
MAIZATUL HAYATI MOHAMAD YATIM

“Gen X kini rata-ratanya terdiri daripada golongan ibu bapa yang majoritinya turut memberi galakan serta dorongan kepada anak-anak mereka dalam memberi kebebasan memilih minat dan cara mengisi masa lapang.

“Justeru, ibu bapa harus mempertimbangkan had masa bermain permainan digital dalam kalangan anak-anak mereka dan membantu anak-anak mereka bagaimana memupuk kemahiran pengurusan masa dan peraturan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Namun, Maizatul Hayati memberitahu, masih ada ibu bapa yang bimbang dengan perkembangan mendadak dalam bidang permainan digital seperti ketika televisyen diperkenalkan pada era 1960-an yang turut memberi kesan sosial ketika itu sehingga ada yang menggelar teknologi berkenaan sebagai ‘the white devil’.

Baca juga:   Mangsa banjir maut terkena renjatan elektrik di Dengkil
Baca juga:   MOF saran DFI rangka penyelesaian bantu pulih perniagaan

“Pada masa ini, kita tidak dapat menafikan kewujudan lebih banyak teknologi yang digunakan terutamanya teknologi yang melibatkan perisian aplikasi dan media sosial yang menampilkan kegilaan generasi sekarang,” jelasnya.

Beliau menambah, Gen Alfa kini cenderung menggunakan media sosial seperti TikTok dan Instagram, berbeza dengan ibu bapa mereka yang lebih gemar menggunakan Facebook dan Twitter.

Selama ini, Maizatul Hayati berkata, remaja mempunyai pelbagai pilihan genre permainan digital untuk bermain yang rata-rata dibeli atau dimuat turun secara percuma atau berbayar melalui platform permainan dalam talian seperti Steam hingga sukar dihalang kemasukan kandungan yang dikawal oleh pihak luar.

Menurut beliau, peminat tegar permainan digital lebih banyak menggunakan Discord sebagai platform komuniti dalam membincangkan strategi, petua dan muslihat dalam permainan digital kerana permainan itu menyediakan maklumat statistik yang membabitkan data analitik pemain permainan digital profesional dan amatur.

“Peningkatan kemudahan teknologi pengkomputeran dan penerimaan golongan generasi muda terhadap permainan digital menyebabkan industri permainan digital berkembang secara drastik,” katanya.

Maizatul Hayati yang komited berkolaborasi bersama rakan penyelidik Prof Madya Ts Dr Tan Wee Hoe mengambil inisiatif menghimpunkan penghasilan program akademik, penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang permainan digital.

“Melalui Kumpulan Berkepentingan Khas (Special Interest Group @ SIG) yang dikenali sebagai Serious Games Think Tank (SGT) UPSI, ahli kumpulan SGT ini telah menjalinkan jaringan industri dalam dan luar negara yang membabitkan pakar dalam permainan digital,” katanya.

Baca juga:   Pasangan jarak jauh lengkap 2 dos mungkin dibenar rentas negeri
Baca juga:   Mangsa banjir maut terkena renjatan elektrik di Dengkil

Maizatul ialah pensyarah wanita pertama UPSI yang menjadi perintis dalam memperkenalkan pendidikan permainan digital secara formal melalui penghasilan program pengajian permainan digital di Malaysia.

UPSI merupakanm satu-satunya universiti yang menawarkan program pengajian permainan digital dari peringkat diploma sehingga ke peringkat pasca siswazah. – EDISI 9

Terkini

UMNO adalah rakyat, rakyat adalah UMNO – Ahmad Zahid

UMNO adalah rakyat, rakyat adalah UMNO, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dalam Facebook, hari ini. Ahmad Zahid berkata, ia...

Lagi Artikel Berkaitan