27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Vaksinasi dipertingkat walaupun lengkuk COVID-19 landai

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Program vaksinasi di seluruh negara tetap dipertingkatkan walaupun lengkuk penularan jangkitan positif COVID-19 berjaya dilandaikan.

Jaminan itu diberi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menegaskan komitmen kerajaan terhadap program vaksinasi.

Menurut beliau, lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) akan dibukan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR) dan luar bandar.

“Sebelum ini vaksinasi dipertingkatkan dari 160,000 ke 180,000 (kemudian) ke 200,000 dan kita mahu ia ditingkatkan 300,000 hingga ke 400,000 sehari.

“Ini berdasarkan pelan imunisasi kebangsaan yang dipimpin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang sudah kita buka banyak PPV dan kita akan tambah lebih banyak,” katanya kepada pemberita selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di PPR Seri Johor di sini, hari ini.

Baca juga:   Bersatu tiada agenda tersembunyi

Muhyiddin menambah, kerajaan juga sedang mengkaji kewajaran menetapkan tarikh tutup untuk rakyat mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau, sistem pendaftaran pada masa ini dilakukan secara terbuka dan boleh ditambah baik dengan menetapkan tarikh akhir untuk mendaftar.

“Semua akan ada dalam sistem dan kita boleh merancang fasa demi fasa sehinggalah semua selesai,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk keluar dari krisis COVID-19 akan dibentangkan oleh kerajaan dalam tempoh seminggu akan datang.

Baca juga:   Kerajaan laksanakan tiga peringkat PKP, kekang penularan Covid-19

Beliau memberitahu, pelan yang akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu disokong oleh data dan sains yang diperoleh dari aspek pengurusan pandemik, ekonomi dan vaksinasi negara.

“Menteri-menteri utama sudah duduk membentangkan perkara itu secara kasar dan pada dasarnya, ia baik tetapi perlu diperhalusi,” jelasnya,

Muhyiddin menambah, kerajaan akan membentangkan pelan berkenaan kepada rakyat secara berfasa sehinggga lengkuk jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan dan ekonomi negara berjaya dipulihkan.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Dr Adham dalam laman Twitter beliau, seramai 1,331,262 orang telah menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jumlah yang teleh menerima dos pertama adalah 3,030,096 orang.

Sebanyak 133,804 dos vaksin diberkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan 4,361,358 dos. – EDISI 9

Baca juga:   Buat saja 'total lockdown', jangan terus bahayakan nyawa rakyat

Wartawan

Terkini

13 MP Bersatu dilantik ketuai portfolio

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu dilantik mengetuai portfolio bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu-isu membabitkan kementerian berkaitan. Pelantikan ketua-ketua portfolio...

Lagi Artikel Berkaitan