27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Vaksinasi 2 juta pekerja sektor pembuatan menjelang September

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan seramai dua juta pekerja sektor pembuatan akan mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya September ini di bawah Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, untuk merealisasikan perkara ini, ia juga bergantung kepada bekalan vaksin termasuk tenaga kerja dari segi bilangan doktor dan pasukan kesihatan yang ditempat di pusat pemberian vaksin (PPV) PIKAS.

Menurut beliau, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan telah memberi jaminan Malaysia akan menerima lebih banyak dos vaksin pada Ogos nanti.

“Justeru, kepada industri yang belum berdaftar dengan PIKAS, saya menyeru agar segera berbuat demikian bagi mencapai tahap imuniti kelompok negara.

“Jika cepat kita laksanakan, cepat juga kita akan kembali kepada kehidupan biasa, namun tetap dengan norma baharu.

“Jadi, sekali lagi saya ingin menyatakan, jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan sekiranya kita semua berganding bahu dan bekerjasama membantu mengekang penularan virus merbahaya ini dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Advertisements

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Azmin menambah, melihat kepada data-data Kementerian Kesihatan, beliau maklum kluster baharu sekarang kebanyakannya dari tempat kerja.

Oleh itu, beliau memberitahu, kerajaan melaksanakan PIKAS bagi mengelakkan jangkitan virus dari terus meningkat dalam kalangan pekerja, terutamanya dalam subsektor pembuatan.

“Saya faham, mungkin ada yang menyoal kenapa sesetengah sektor itu dibenarkan beroperasi sedangkan sekarang negara di bawah perintah ‘total lockdown’.

“Keputusan membenarkan sektor pembuatan dibuka kerana ianya adalah sebahagian daripada rantaian bekalan produk dan perkhidmatan yang perlu termasuk untuk menyokong kelancaran fungsi infrastruktur seperti penjagaan kesihatan awam,” jelasnya.

Namun, tegas Mohamed Azmin, bagi syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan MITI, pihaknya tidak teragak-agak untuk memberi kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan