26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Azmin tidak berhasrat bertanding dalam PRN Selangor

Bagaimanapun ADUN Bukit Antarabangsa itu menyerahkan kepada kepimpinan parti berhubung hasratnya itu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor berkata, beliau secara peribadi mahu memberi laluan kepada calon muda yang berpotensi dalam PN untuk bertanding.

“Sebelum ini, saya telah beritahu yang saya ingin berehat.

“Setelah berkhidmat tujuh penggal iaitu tiga penggal di Parlimen Gombak, tiga penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan satu penggal di DUN Hulu Kelang.

“Maka, saya rasa sudah sampai masanya untuk memberi laluan kepada tokoh muda yang ramai berpotensi, saya akan terus memberikan khidmat dan sumbangan kepada PN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka PN Selangor, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai dakwaan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib mengikut laporan sebuah portal berita, Azmin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya terima banyak permintaan bukan sahaja DUN Morib tetapi beberapa DUN di Selangor.

Baca juga:   Jalaluddin cadang bentuk kerajaan perpaduan, Muhyiddin PM

“(Sekiranya dicalonkan) saya serah kepada kepimpinan parti,” ujarnya.

Pada Februari lalu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengumumkan untuk berehat seketika daripada arena politik.

Keputusan itu dibuat setelah beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandang sejak 2004 dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Baca juga:   Ahli politik asyik bertelagah, rakyat semakin muak

Beliau tewas kepada anak didiknya, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor dalam pertandingan lima penjuru tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan