27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Azmin Ali luah hasrat mahu rehat dari politik

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KETUA Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini meluahkan hasrat mahu berehat dari dunia politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu berkata, beliau mahu  berehat seketika sebelum kembali meneruskan tekadnya berbakti kepada negara dan rakyat.

“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam arena politik saya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,”  katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN memenangi Parlimen Gombak pada 2008 atas tiket PKR.

Beliau bagaimanapun keluar PKR pada Februari 2020 bersama 10 Ahli Parlimen lain dari parti itu.

Pada PRU14, Mohamed Azmin yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 48,721 dengan menewaskan calon BN Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon PAS Ir. Khairil Nizam.  Ahmad (Bebas) menerima 675 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tahun lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menentang Azmin di Gombak bertujuan untuk merampas kembali kerusi Azmin.

Dalam pertembungan lima penjuru itu, Amirudin (PH-PKR) memperoleh 72,267 undi dengan majoriti 12,729 undi manakala Azmin (PN-Bersatu) mendapat 59,538 undi, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO) meraih 30,723 undi, Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA-Pejuang) mendapat 2,223 undi dan Zulkifli

-EDISI9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan