SYARIKAT pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd telah menghantar surat tuntut ganti rugi fitnah sebanyak RM20 juta kepada bekas Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Tuntutan itu dibuat dibuat atas dakwaan dibuat Azmin bahawa pihaknya diberikan kontrak untuk mengimport telur dari India melalui rundingan terus.
Menerusi surat tuntutan bertarikh semalam yang dihantar firma guaman Han & Zi, syarikat berkenaan turut menuntut bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu untuk menarik balik kenyataan selain memohon maaf serta berjanji tidak mengulangi perbuatan.
“Sekiranya kami tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari dari penerimaan surat ini, arahan kami adalah untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap anda,” kata surat itu lapor MalaysiaKini.
Tuntutan disebut dibuat merujuk kepada ucapan Azmin Lumpur di Markas PAS dekat Taman Melewar, Gombak pada 11 Mac, di mana Azmin mendakwa Deepak telah memperoleh kontrak untuk mengimport telur melalui rundingan terus.
Azmin yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa pemberian kontrak secara terus itu ternyata bercanggah dengan janji Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk rekod, syarikat yang sama telah menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mempersoalkan kualiti telur dari India dalam perbahasannya di Dewan Rakyat.
Wee menyifatkan kiriman surat peguam itu menghairankan kerana ucapan itu tifak merujuk mana-mana pihak dibuat atas kapasitinya sebagai wakil rakyat yang berucap di Dewan Rakyat. – Edisi 9