25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Gangguan bekalan air di Selangor pulih 89 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKALAN air di lapan wilayah yang terjejas susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3 semakin pulih dan sudah mencapai 89 peratus, setakat jam 7 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, malahan Hulu Selangor, Gombak dan Petaling masing-masing mencatatkan proses pemulihan 100 peratus.

Kuala Selangor pula mencatatkan 99 peratus sementara Klang dan Shah Alam (83 peratus) manakala Kuala Langat kosong peratus.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya Air Selangor menerusi Facebook.

Agensi itu berkata, pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com serta aplikasi Air Selangor.

Air Selangor menyarankan, pengguna yang sudah mendapat bekalan air agar menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Media sebelum ini melaporkan sebanyak 1,335 kawasan di lapan wilayah Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas pencemaran bau dikesan di LRA Rantau Panjang. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan