25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Zoo Johor tertua di Malaysia bakal berubah wajah – Sultan Johor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ZOO Johor yang terletak di Jalan Gertak Merah, Johor Bahru dan berusia hampir 95 tahun bakal berubah wajah dan menjadi antara destinasi lokasi pelancongan baharu di negeri ini.

Terletak di tengah-tengah pusat bandaraya, Zoo Johor merupakan zoo yang tertua di negara ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah Zoo Johor perlu menjadi antara lokasi pelancongan baharu di negeri itu sekali gus menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Zoo Johor adalah hasil sumbangan Almarhum Sultan Sir Ibrahim pada waktu itu dan merupakan zoo yang tertua di negara ini.

“Kerajaan negeri perlu menitikberatkan pelbagai perkara ketika kerja-kerja membaikpulih dijalankan antaranya melibatkan sistem pengaliran, penempatan haiwan, harga tiket dan pelbagai lagi dalam menarik kehadiran pengunjung.

“Ia perlu menjadi antara lokasi pelancongan baharu di Johor yang mampu menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Untuk rekod, Zoo Johor dibuka pada tahun 1928, oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar dan dinamakan sebagai Kebun Binatang pada masa itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor akan dijalankan dalam jangka masa terdekat dan bakal beroperasi semula pada akhir tahun ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri setiap tahun mengeluarkan peruntukan hampir RM1 juta melibatkan pelbagai kos antaranya penyelenggaraan, gaji kakitangan serta makanan untuk haiwan-haiwan.

“Harga tiket ketika ini adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 (kanak-kanak). Kita juga akan mengkaji semula harga tiket namun akan memastikan kadar baharu itu tidak membebankan pengunjung serta lebih rendah berbanding zoo lain di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Jafni mempersembahkan cadangan kerja-kerja menaiktaraf Zoo Johor kepada Sultan Johor.

-EDISI9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan