24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Dortmund hampiri kejuaraan Bundesliga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBASTIAN Haller menjaringkan dua gol bagi membantu Borussia Dortmund mencatat kemenangan 3-0 ke atas Augsburg sekali gus meletakkan mereka selangkah daripada kejuaraan Bundesliga.

Tiga mata penuh yang dikutip skuad kendalian Edin Terzic itu menyaksikan mereka naik ke persada liga susulan kekalahan pencabar terdekat, Bayern Munich 3-1 kepada RB Leipzig Sabtu lalu.

Kemenangan itu meletakkan skuad hitam-kuning itu di puncak dengan kelebihan dua mata dengan perlawananan hanya berbaki satu sahaja lagi.

Untuk rekod, kali terakhir Dortmund menang Bundeliga adalah pada musim 2011-12 namun dua jaringan Haller dan satu gol sumbangan Julian Brandt mungkin menamatkan penantian lebih sedekad.

Dortmund akan menentang kelab pertengahan, Mainz pada Sabtu ini sementara Bayern pula akan bertandang ke Cologne menentang FC Koln.

Advertisements

Sedar hanya kemenangan akan membuka peluang mereka menjuarai liga, Dormund gagal mencetak sebarang gol pada babak pertama dengan Augsburg terpaksa beraksi 10 pemain selepas Felix Uduokai dibuang pada minit ke-38.

Haller meletakkan Dortmund 1-0 di depan pada minit ke-58 apabila menyudahkan hantaran Donyel Mallen.

Penjaga gol Augsburg, Tomas Koubek berjaya menyelamatkan percubaan Marco Reus pada minit ke-84 namun tindakan susulan Haller menghadiahkan gol kedua pelawat.

Brandt melengkapkan kemenangan selesa Dortmund menerusi jaringan ketiga apabila menyudahkan hantaran Nico Schlotterbeck pada waktu kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan