27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Serie A: Napoli tumbangkan Inter

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FINALIS Liga Juara Juara Eropah (UCL) Inter Milan tewas 3-1 kepada juara baharu Serie A, Napoli dalam aksi yang berlangsung di Stadium Diego Armando Maradonna awal pagi tadi.

Kekalahan itu sedikit sebanyak menggugat peluang Inter ke UCL musim depan selepas turun ke tangga keempat liga dengan hanya dibezakan dua mata berbanding AC Milan yang berada di tangga kelima.

Berbeza dengan nasib Inter, kemenangan ke atas Nerazzuri menyaksikan Napoli mencipta rekod kemenangan ke atas semua 19 pasukan dalam semusim.

Aksi di Naples awal pagi tadi menyaksikan pengurus Inter, Simone Inzaghi merehat berapa tonggak utama sebagai persediaan menghadapi final Piala Itali pada awal pagi Khamis menentang Fiorentina.

Tidak banyak percubaan dihasilkan pada separuh masa pertama namun ketika lima minit menuju ke bilik persalinan, Inter terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Advertisements

Ini selepas Roberto Gagliardini dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari André-Frank Zambo Anguissa pada minit ke-41.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan anak buah Luciano Spalletti apabila Anguissa melepaskan satu sepakan voli sekali gus menewaskan Andre Onana di gawang Inter.

Nerazzuri berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-82 apabila Romelu Lukaku menyudahkan hantaran silang Federico Dimarco ketika penjaga gol, Alex Meret tidak mampu berbuat apa-apa.

Napoli bagaimanapun bangkit meledak dua gol pada lewat pemainan, gol kedua dijaringkan oleh ketua pasukan, Giovanni Di Lorenzo pada minit ke-85 dan Gianluca Gaetano pada masa kecederaan untuk memastikan tiga mata penuh milik mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan