31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

City julang trofi EPL buat kali ketiga berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi di hadapan penyokong sendiri di Stadium Etihad selepas menewaskan Chelsea 1-0 awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu telah mengesahkan kejuaraan ketiga berturut-turut mereka selepas pencabar terdekat, Arsenal tewas mengejut 1-0 kepada pasukan bergelut, Nottinham Forest semalam.

Susulan itu, bagi aksi menentang Chelsea, Guardiola merehat pemain utama dan membariskan pemain simpanan untuk diberikan peluang beraksi.

Pemain-pemain The Citizen diberikan penghormatan Guard of Honour oleh pemain Chelsea ketika melangkah masuk ke padang susulan kejayaan mereka menjuarai liga.

Dalam aksi di Manchester awal pagi tadi, Chelsea ketinggalan seawal minit ke-12 menerusi jaringan penyerang, Julian Alvarez.

Gol tersebut berpunca daripada kesilapan hantaran Wesley Fofana yang berjaya dipintas Kalvin Phillips dan dihantar kepada Cole Palmer sebelum disudahkan oleh Alvarez untuk memulakan parti City.

Tiada jaringan tambahan dihasilkan selepas itu sekali gus memastikan City unggul tujuh mata di puncak liga meninggalkan Arsenal, namun The Citizen masih beraksi kurang satu perlawanan.

City kini memburu kejuaraan treble musim ini selepas layak dua aksi final, menentang Manchester United di Piala FA dan Inter Milan untuk final Liga Juara Juara Eropah. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan