32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Remaja lelaki lemas di Air Terjun Lata Medang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGEMBIRAAN empat sekawan mandi di Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas dalam kejadian berlaku petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.08 petang.

“Sepasukan enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, kejadian membabitkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun lemas ketika mandi bersama tiga rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Hafisham berkata, pihaknya kemudianya terus melakukan operasi mencari dan menyelamat melalui kaedah ‘surface water rescue’.

“Mayat mangsa ditemui pada jam 4.03 petang dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan