30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Wang RM90,000 lesap ditipu ejen jualan kereta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemuda mengalami kerugian RM90,000 apabila wang untuk membeli kenderaan lesap selepas menjadi mangsa penipuan.

Keadaan itu berlaku apabila mangsa yang berusia 36 tahun itu ditipu ketika dalam proses membeli Honda HR-V melalui ejen jualan kereta.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki warga tempatan berkaitan penipuan urusan jual beli kenderaan.

Menurutnya, mangsa berurusan dengan seorang lelaki tempatan yang mendakwa bekerja sebagai ejen jualan di sebuah syarikat kenderaan terkemuka di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, 9 Januari lalu.

“Ketika itu, mangsa sudah membuat bayaran wang tempahan berjumlah RM500 kepada suspek dan bayaran berkenaan sudah diserahkan kepada pihak syarikat.

“Pada 29 April hingga 4 Mei pula mangsa membuat pembayaran secara tunai bernilai RM70,000 dan pindahan dalam talian sebanyak RM20,000 ke nombor akaun syarikat yang diberikan oleh suspek,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Amihizam berkata, namun pada 11 Mei, mangsa menerima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran yang memaklumkan pihaknya masih belum menerima bayaran pendahuluan.

“Mangsa turut dimaklumkan bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka,”ujar beliau.

Tambahnya, suspek bagi kes itu sudah dikenal pasti dan tindakan lanjut sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya lagi.

“Orang ramai diminta supaya berhati-hati dengan segala taktik penipuan yang menyebabkan ramai mangsa lebih terpedaya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan