32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tukdin

Pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London itu meninggal dunia semalam,

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, Allahyarham Zainuddin Yahya yang meninggal dunia, semalam.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” kata Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Zainuddin telah menetap lebih 40 tahun di London mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong dan Zainuddin Yahya (kanan) di hadapan Restoran Tukdin di London.

“Restoran Allahyarham sangat popular dan sering dikunjungi selebriti dunia, malah menjadi pilihan kenamaan, rakyat dan pelajar Malaysia di London,” katanya lagi. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan