27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

Pemberian vaksin cecah 5.8 juta, 1.62 juta lengkap dua dos

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 1,612,974 individu di negara ini telah lengkap dua dos vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan perkongsian data di akaun Twitternya, seramai 4,202,601 individu atau 12.9 peratus populasi di negara ini telah menerima dos pertama, menjadikan  jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,815,575 dos.

Lima negeri yang mencatat penerima kedua-dua dos paling tinggi ialah Selangor dengan 208,031, Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,000) dan Kuala Lumpur (141,094).

Dr Adham berkata, jumlah pemberian vaksin harian di negara ini pada Ahad ialah 140,573 dos, melibatkan 116,514 penerima dos pertama dan 24,059 dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my sebanyak 15,426,982 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Baca juga:   Suntikan vaksin 'walk-in' kepada remaja bermula Khamis ini

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan