25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Pengasuh taska mengaku tak salah dera kanak-kanak

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di sebuah hospital di Serdang pada 8 Jun lepas.

Nur Fatin Nabila Azmi, 23, didakwa dengan sengaja melakukan penderaan kepada kanak-kanak berumur setahun lapan bulan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Hisham Ahmad Jaafar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kita 10.30 pagi di sebuah pusat taska di kediaman kakitangan Hospital Serdang, Jalan Puchong, Kajang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aiza Ali Raman menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Hakim Noor Hisham membenarkan ikat jamin dikurangkan kepada RM10,000 dengan mengambil kira faktor tanggungan tertuduh yang mempunyai ibu bapa uzur dan menghidap penyakit kritikal.

Baca juga:   Bak bom nuklear: 100 maut, lebih 4,000 cedera letupan di Beirut

Mahkamah menetapkan 26 Julai tarikh sebutan semula kes.

Wartawan

Terkini

Tun Daim bersimpati dengan nasib bekas pekerja Utusan

TOKOH konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin melahirkan simpati kepada nasib bekas pekerja Utusan Melayu (Utusan) yang masih menunggu pampasan...

Lagi Artikel Berkaitan