27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Vaksin: Proses pendaftaran secara automatik dikaji – Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Hampir 13 juta individu telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan ia hanya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk menerima vaksin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, beliau telah meminta JKJAV untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin agar dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksinasi. 

Sehubungan itu beliau yang menyampaikan ucapan mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ini menyeru rakyat  agar tampil sebagai sukarelawan untuk membantu melancarkan proses pemberian vaksin.

 ”Golongan belia serta badan bukan kerajaan dialu-alukan untuk menyumbang tenaga dan masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

”Penglibatan dan sokongan semua pihak amat diperlukan dalam pendekatan whole of government dan whole of society untuk kita mencapai 80% yang disasarkan untuk membentuk imuniti berkelompok,’’ katanya.

Selain itu Muhyiddin beliau juga telah meminta JKJAV untuk memastikan mereka yang telah mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin. 

Baca juga:   Belanjawan 2021: Cukai pendapatan diturunkan satu mata

”Saya juga mendengar keluhan daripada penduduk di luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman terutamanya warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin.

Untuk itu, saya telah mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat agar menggunakan semua aset Kerajaan bagi mempermudahkan untuk mereka mendapat vaksin,’’ katanya.

Baca juga:   Jumlah kematian meningkat, HSB guna kontena simpan jenazah

Muhyiddin turut menasihat mereka yang telah menerima suntikan vaksin tidak ambil mudah terhadap pemakaian pelitup muka dan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19.

Wartawan

Terkini

91 sindiket dadah tumpas dari Jan hingga Mac

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan 91 sindiket dadah dalam pelbagai serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi...

Lagi Artikel Berkaitan