24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan lancar unit vaksinasi bergerak ke pedalaman

Mesti Baca

CYBERJAYA – Dalam usaha kerajaan mempercepatkan roll-out Program Vaksinan Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerajaan telah melibatkan Pusat dan Klinik Perubatan Swasta dalam program tersebut.

Sehubungan itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menjelang penghujung bulan ini, sebanyak 1,000 Klinik Perubatan Swasta atau PPVGP disasarkan akan terlibat dalam PICK.

Beliau juga memaklumkan bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam program vaksinasi ini, kerajaan telah melancarkan unit-unit vaksinasi bergerak ke kampung dan kawasan pedalaman untuk memudahkan proses vaksinasi kepada penduduk kampung, Orang Asli, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.

”Setakat 3 Jun, 9 negeri telah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak antaranya di daerah Tenom dan Kinabatangan, Sabah, daerah Gua Musang dan Pasir Puteh, Kelantan dan daerah Hilir Perak dan Kuala Kangsar Perak.

Di Pulau Pinang pula, kerajaan telah memulakan perkhidmatan unit vaksinasi bergerak di  8 rumah jagaan orang tua setiap hari, manakala di Selangor, setiap daerah mempunyai unit vaksinasi bergerak sendiri,’’ katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam ucapan berhubung perkembangan PICK yang disiarkan ke seluruh negara hará ini.

Perdana Menteri seterusnya memberitahu,  kerajaan juga telah membuka PPV khusus bagi golongan OKU seperti di Malaysian Association for the Blind di Brickfields bagi OKU penglihatan bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

”Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperkenalkan Trak Vaksin Bergerak dengan sasaran memberi vaksin dos lengkap kepada 400,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur terutamanya dikawasan padat seperti di Projek Perumahan Rakyat dan Pusat Transit Gelandangan. 

”Peningkatan kapasiti ini diharapkan mampu memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk, seterusnya mempercepatkan usaha kita untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

”Insya-Allah, sasaran kita supaya 80 peratus populasi Malaysia diberikan suntikan vaksin sebelum akhir tahun ini, akan tercapai. Namun begitu, ingin saya ingatkan, ini hanya dapat dicapai dengan kerjasama anda semua,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan