26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Vaksin dos pertama antara tertinggi di Asia Tenggara- PM

Mesti Baca

CYBERJAYA –  Sehingga hari ini, lebih 3 juta suntikan dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia, dengan lebih 2 juta penerima telah menerima satu suntikan dos vaksin Covid-19.

Kadar itu kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membolehkan kadar vaksinasi dos pertama Malaysia adalah antara tertinggi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata, pencapaian ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana bekalan vaksin adalah di luar kawalan negara dan Malaysia perlu bersaing dengan negara-negara lain serta bergantung kepada pengeluar vaksin untuk mendapatkan bekalan. 

”Bagaimanapun hasil persediaan awal kerajaan, kita telah berjaya menjamin bekalan vaksin yang mencukupi, malah melebihi daripada apa yang disasarkan sebelum ini,’’ katanya dalam ucapan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), harı ini.

Beliau berkata, pada permulaan program ini, kira-kira 5,000 hingga 8,000 suntikan vaksin diberikan setiap hari, kini elah berjaya meningkatkan suntikan vaksin harian sekitar 100,000 sehari.

”Untuk tempoh dua bulan akan datang, kita akan menerima sekitar 16 juta dos vaksin COVID-19. Dengan pertambahan bekalan vaksin ini, kerajaan menyasarkan kadar vaksinasi harian akan mencecah 150,000 pada bulan ini dan angka ini akan terus meningkat,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan komited dan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan PICK berjalan dengan lancar dan teratur serta.

Kata Perdana  Menteri, beliau  akui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dan memberi komitmen bahawa kerajaan akan sentiasa menambahbaik program ini dari semasa ke semasa.

Advertisements

”Sebagai kerajaan yang prihatin, kita sentiasa mendengar keluhan dan maklum balas rakyat dan akan sentiasa meningkatkan keupayaan dari segi perancangan, kapasiti dan tenaga kerja bagi mencapai objektif utama sasaran kita iaitu imuniti berkelompok.

Saya ingin tekankan, bahawa program vaksinasi COVID-19 ini sangat penting bagi melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada risiko jangkitan yang lebih teruk dan menyelamatkan nyawa, seterusnya membantu proses menjana semula ekonomi negara,’’ katanya.

Sambil menegaskan  telah diberi jaminan lebih banyak bekalan vaksin akan tiba, Perdana Menteri berkata, beliau telahmengarahkan Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin untuk memastikan bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditambah di seluruh pelosok negara bagi mempercepatkan dan mempermudahkan pemberian vaksin.

”Pada masa ini, lebih 280 PPV sedang beroperasi di seluruh negara dan dijangka lebih 300 PPV lagi akan dibuka secepat mungkin. Sementara itu, sebanyak 105 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, dewan-dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup telahpun beroperasi,’’ katanya.

Perdana Menteri memaklumkan, beberapa PPV mega juga telah diwujudkan dan jumlah ini akan terus ditambah dalam masa terdekat terutamanya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Lembah Klang, Johor, Penang dan Sarawak, selari dengan penambahan stok vaksin.

”Saya sendiri telah melawat beberapa PPV termasuk 2 PPV mega iaitu di WTC dan MITEC bagi melihat sendiri proses pemberian vaksin ini. Dari maklumbalas yang saya terima ketika lawatan lawatan ke PPV ini, ramai yang menyambut baik usaha kerajaan untuk memvaksinasikan rakyat.

”Namun saya juga turut menerima cadangan cadangan konstruktif untuk memperbaiki proses vaksinasi di pusat pusat ini, dan perkara ini telah saya maklumkan kepada  Khairy dan Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr Adham Baba untuk diambil tindakan segera,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan