25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

Vaksin: Umat Islam perlu bersama kerajaan – Syeikh Zainul

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ulama terkenal Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli menyeru semua pihak khususnya umat Islam menyokong usaha kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau mengakui sebelum ini bersikap negatif terhadap isu suntikan vaksin.

“Tetapi hari ini saya nampak kita kena bersama kerajaan. Sebab saya fikir-fikir balik kerajaan bertindak dan bertanggungjawab atas semua sebab (ada) kaedahnya. Kerajaan mentadbir rakyat mengikut kemashalatan, kita tak tahu kemaslahatan kerajaan.

“Kadang kala ini dia (kerajaan) cerita yang zahir (luaran) sahaja yang batin atau yang sebaliknya,  kita tak tahu jadi dalam waktu orang dok tengah banyak kena Covid ni, saya tarik balik pendirian saya (menolak vaksin),” katanya dalam video yang disiarkan dalam Facebook beliau.

Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, beliau kasihan melihat rakyat terutamanya mereka yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin.

“Kesian tengok rakyat bila kuarantin tu ada orang tua ada budak-budak  tunggu… tak ada ubat… jadi saya kesian,” katanya ketika menjawab soalan daripada orang ramai berhubung pendirian beliau mengenai suntikan vaksin.

Baca juga:   8,438 dos penggalak; 15.6% remaja lengkap vaksin

Ulama itu berkata, beliau menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 3 Disember 2020 yang mengharuskan penghasilan vaksin.

“Jadi saya bersama dengan fatwa itu kerana perkara itu telah disidangkan oleh mereka diberi autoriti untuk memfatwa. Kalau mereka sudah memberi fatwa tak timbul soal berdosa. (Ia kerana) hukum yang diberi kerajaan adalah hukum syarak.

Baca juga:   Penduduk PPR, kos rendah di Selangor terima suntikan vaksin

“Kita tak boleh kata kerajaan berdosa, dia hukum macam tu, bila kerajaan meletakkan sesuatu hukum macam tu, hukum itu sudah dikira hukum agama. Jadi kalau tuan-tuan tak nak ambil, itu terpulang kepada tuan-tuanlah… pendirian saya, saya bersama dengan kerajaan,” katanya.

Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, dari segi risiko atau kesan vaksin tiada siapapun tahu kerana ia benda baru yang ada pro dan kontra.

“Tapi di sana ada kaedah, mungkin vaksin ada kesannya tetapi kesan yang tidak bersama dengan masyarakat umum lebih besar.. Pada waktu yang sama kita harap termasuk dalam kategori taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada pemimpin (ulul amri).

“Apatah lagi pada saya kerajaan sekarang ini lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Kerajaan sebelum ini kita susah hati (dok tanya) apa pulak hari ini, apa pulak hari ini… resah hari-hari… bila Tuhan dah bagi lebih baik kita (harus) menghargainya,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Kes harian menurun, namun lima negeri catat nilai Rt lebih 1.0

Wartawan

Terkini

Hampir 14,000 mangsa banjir di tiga negeri

SERAMAI 13,827 mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Sabah dan Pahang terjejas bencana kini ditempatkan di 73 pusat...

Lagi Artikel Berkaitan