30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

TMJ mahu bantu tingkatkan prestasi Harimau Malaya

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu dinyatakan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM menerusi kenyataan ringkas dalam ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya hari ini.

“Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya.

Menerusi ruangan sama, TMJ turut mencadangkan badan induk itu tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

Beliau yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, pengambilan pemain naturalisasi perlu dikawal dan dibuat analisis secara terperinci oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan.

Baca juga:   Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram

“Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

“Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?

“Sasaran realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras,” katanya.

Baca juga:   Tahniah, atlet para terus menyumbang pingat - Ismail Sabri

Isu pemberian status naturalisasi kepada pemain asing untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya kini hangat diperkatakan susulan prestasi kurang menyerlah Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Harimau Malaya yang kini dibimbing oleh Tan Cheng Hoe gagal meneruskam kemaraan dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 setelah mengalami kekalahan kali empat di peringkat pusingan kedua.

Bagaimanapun peluang Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 secara play-off masih ada sekiranya berjaya menundukkan Thailand dalam perlawanan yang akan berlangsung di Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) esok.

Tunku Ismail pernah dipilih sebagai Presiden FAM dalam kongres ke-53 badan induk bola sepak tempatan itu pada Mac 2017 sebelum meletakkan jawatannya setahun kemudian. – Edisi 9

Baca juga:   Bukan masa berpolitik, beri keutamaan krisis Covid-19 – TMJ

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan