25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Markis Kido meninggal dunia akibat serangan jantung

Mesti Baca

CYBERJAYA – Bekas pemain beregu badminton Indonesia Markis Kido meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 36 tahun, hari ini.

Setiausaha Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Gatot S Dewa Broto berkata, Markis Kido rebah ketika bermain badminton.

“Betul, daripada maklumat yang dapat begitu, dia jatuh ketika bermain bulu tangkis (badminton), kemungkinan akibat serangan jantung,” katanya seperti dilapor portal Detik.com.

Sepanjang kariernya Markis Kido menjulang nama Indonesia dalam sukan itu apabila memenangi beberapa kejohanan besar antara Sukan SEA 2005 dan Kejuaraan Dunia 2007.

Turut diraih oleh Markis Kido ialah Kejuaraan Badminta Asia 2005 dan 2009, Sukan Asia 2010 dan paling bersejarah memenangi pingat emas bersama pasangannya Hendra Setiawan di Sukan Olimpik Beijing 2008 selepas mengalahkan pasangan China, Cai Yun/Fu Haifeng.

Markis Kilo (kanan) berama Hendrawan Setiawan ketika memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Beijing.

Berita kematian pemian itu pada awalnya dimaklumkan oleh bekas pemain wanita badminton Indonesia, Yuni Kartika melalui akauan Twitternya sebelum ia disahkan oleh Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI).

“Iya benar (Markis Kido meninggal dunia). Dia terkena serangan jantung  selepas bermain (badminton),” Yuni kepada portal berita Kumparan, malam ini.

Menurut Yuni, dia tidak pasti pukul berapa Markis Kido yang berusia 36 tahun itu meninggal dunia.

Sementara itu Gatot berkata, beliau terkejut dengan kematian bekas pemain beregu tersebut.

“Saya sangat sedih atas pemergian Markis Kido, saya percaya perasaan yang sama dirasai oleh seluruh rakyat Indonesia,” katanya.

Gatot mengimbas kembali bagaimana kementeriannya menjemput Markis Kido sebagai bintang tamu dalam pertandingan memilih pemain badminton untuk memasuki Sekolah Khusus Olahraga (Sekolah Khas Sukan).

Beliau berkata, tanpa diduga kehadiran Markis Kido bersama bekas pemain perseorangan Susy Susanti berjaya menarik perhatian ramai peserta untuk menyertai pemilihan tersebut.

Hendra Setiawan pula melalui akaun Intagramnya melahirkan rasa sedih yang mendalam dan menganggap Markis Kido sebagai salah satu pasangan terbaik sama ada ketika suka mahupun duka.

“Dia salah seorang pemain yang luar biasa dan sangat berbakat. Saya ingin mengucapkan terimakasih kerana telah menjadi pasangan yang sangat baik buat saya dalam waktu menang mahupun kalah.

“Terimakasih sudah berpasangan bermula dari nol (tiada apa-apa) dan berjuang bersama selama 14 tahun. Terimakasih Kido dan Selamat Jalan,” coret Hendra. – Agensi

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan