31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

The Edge bayar bonus RM1,000 setiap pekerja divaksin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kakitangan Kumpulan Media The Edge memang beruntung kerana majikan akan memberi bonus sebanyak RM1,000 kepada sesiapa dalam kalangan mereka yang menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Malah, memetik laporan The Edge Markets, setiap seorang daripada mereka akan menerima bonus tambahan RM1,000 lagi sekiranya kesemua 220 kakitangan agensi media berkenaan menerima vaksin lengkap sebelum tahun ini berakhir.

Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Edge, Datuk Ho Kay Tat berkata, bonus khas tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif kumpulan media berkenaan bagi menyokong program vaksinasi kebangsaan bagi mengekang pandemik COVID-19.

Tiga minggu lalu, The Edge melancarkan kempen pemasaran Get Vaccinated. Get Vaccinated. Be Part Of The Solution, Not The Problem bagi meyakinkan orang ramai untuk menerima vaksin.

Dalam tinjauan dalaman yang dijalankan oleh The Edge, seramai 97 peratus kakitangannya telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin dan 50 peratus daripada mereka telah menerima dos pertama.

“Saya menjangka ramai yang keberatan mengambil vaskin dan bersikap tunggu dan lihat.

“Memandangkan maklum balas adalah sangat baik, kami memutuskan untuk memberi ganjaran bonus kepada mereka.

“Kami mahu semua kakitangan mengambil vaksin supaya semua orang berasa selamat bekerja di pejabat sebaik sahaja kami dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

Advertisements

“Kami juga ingin memastikan pihak lain yang ditemui untuk urusan kerja berasa selamat,” kata Kay Tat.

Beliau juga telah menerima dos pertama vaksin AstraZeneca.

Kay Tat menambah, seperti yang dapat dilihat di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), sekatan pergerakan penuh dapat dielakkan sekiranya seramai mungkin rakyat menerima vaksin.

Beliau berkata, hanya dengan cara itu kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.

Kakitangan The Edge juga diminta menjalani ujian PCE apabila perlu dan pada masa yang sama, kumpulan media tersebut berusaha menyediakan kit ujian kendiri bagi mengesan COVID-19 untuk kegunaan pekerjanya.

“Kerajaan telah membentangkan pelan dengan tiga sasaran yang jelas yang perlu dicapai bagi memastikan sekatan dapat dilonggarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

“Kita tahu apa yang perlu dilakukan dan kini terpulanglah kepada kita sebagai individu dan entiti perniagaan untuk membantu menjayakan usaha tersebut,” katanya.

Kay Tat juga berharap syarikat-syarikat lain akan mencari jalan memasyikan kakitangan mereka mengambil vaksin.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan