29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SPRM FIFA 21 Challenge tawar hadiah RM20,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan kejohanan e-sukan SPRM FIFA 21 Challenge yang akan berlangsung mulai 1 hingga 17 Julai 2021.

Kejohanan SPRM FIFA 21 Challenge merupakan kesinambungan kepada program PUBG Mobile I-Challenge yang pernah dianjurkan oleh SPRM sebelum ini dalam usaha mendekati Generasi Z atau kumpulan belia yang meminati e-sukan.

Cabaran kejohanan yang akan berlangsung selama 17 hari secara dalam talian itu dicetuskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan bertujuan menyebar luas mesej dan elemen antirasuah dalam kalangan belia.

“Sejajar ledakan teknologi, e-sukan kini menjadi kegilaan kumpulan belia dengan pelbagai permainan seperti Mobile Legend, Starcraft, Counter Strike, Dota dan FIFA yang bukan sekadar memenuhi masa lapang anak-anak muda tetapi sudah mendorong mereka menyertai era profesionalisme iaitu e-sukan sebagai kerjaya.

“Justeru, kejohanan yang dianjurkan bersama SPRM dengan THQ Esports Club yang diterajui oleh anak-anak muda ini diharap dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada generasi muda terhadap kesan rasuah yang bukan sahaja berupaya meruntuhkan organisasi, malah mencemarkan imej dan reputasi negara,” kata SPRM dalam kenyataan media, hari ini.

Pertandingan itu adalah pendekatan serampang dua mata dengan sepanjang perlawanan akan diselitkan mesej antirasuah serta penerangan berkaitan jenayah rasuah di negara ini. Ia menyasarkan peminat e-sukan yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dengan tema Youth Against Corruption (Belia Menentang Rasuah).

Pada masa yang sama, SPRM FIFA 21 Challenge turut membuktikan bahawa SPRM memanfaatkan teknologi ketika penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada program dan aktiviti pendidikan antirasuah yang dijalankan sebelum ini secara bersemuka.

Platform secara maya itu membolehkan SPRM mendekati kumpulan sasar bagi menyampaikan mesej meskipun pada waktu negara sedang berdepan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik.

Sementara itu, penyertaan SPRM FIFA 21 Challenge adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat sehingga 30 Jun ini.

Advertisements

Pada peringkat awal terdapat 13 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan yang akan mula berentap bermula 1 hingga 16 Julai ini.

Juara bagi setiap negeri akan layak ke peringkat akhir iaitu pada 17 Julai ini.

Pemenang pertandingan bakal membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM20,000.

Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 diikuti Naib Juara (RM3,000) dan tempat ketiga (RM2,000).

Pemenang tempat keempat pula, akan membawa pulang sebanyak RM1,000 dan Top 8 (RM700), Top 16 (RM375) serta Top 32 (RM200).

SPRM FIFA 21 Challenge yang bakal disertai 2,048 atlet e-sukan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Team Haq Esports Club dan SPRM Community.

Berdasarkan maklumat dalam laman Facebook Team Haq Esports Club, pendaftaran kini ditutup kerana telah mencapai slot 128 pemain.

“Jangan risau, untuk yang tidak sempat mendaftar, akan ada juga kejutan menarik untuk anda.

“Jadi jangan lupa untuk menyaksikan kejohanan ini secara live di Facebook kami!” kata Team Haq Esports Club. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan