27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Graduan perubatan dari Mesir tidak boleh daftar MPM jika…

Mesti Baca

CYBERJAYA – Graduan-graduan perubatan dari universiti-universiti di Mesir bakal berdepan masalah pendaftaran dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) sekiranya kemasukan mereka ke universiti berkenaan tidak memenuhi syarat minimun yang ditetapkan.

Presiden MPM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, warganegara Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti yang diiktiraf di Mesir perlu sekurang-kurangnya lepasan matrikulasi/asasi/pra-universiti atau STPM/A-Level atau lain-lain peperiksaan yang setara dengannya.

“Mesyuarat juga bersetuju sekiranya syarat kemasukan minima ini tidak dipenuhi, bakal graduan daripada universiti tersebut mungkin berhadapan dengan masalah untuk berdaftar bersama MPM.

“MPM juga akan mempertimbangkan untuk mengeluarkan universiti-universiti tersebut daripada senarai universiti yang diiktiraf dalam Jadual Kedua, Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012) sekiranya perkara ini berlanjutan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ketegasan itu dibuat susulan pengurangan tempoh pengajian daripada enam kepada lima tahun pengajian bagi kesemua tujuh buah universiti di Mesir yang telah diiktiraf oleh MPM.

Baca juga:   Dr Mahathir sedia pertahankan kerusi Langkawi

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan juga telah diadakan oleh MPM bersama pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Sehubungan dengan itu, MPM meminta kerjasama daripada semua pihak terutamanya badan-badan pemberi biasiswa atau bantuan pendidikan untuk memastikan syarat tersebut dipatuhi supaya sebarang kesulitan dapat dielakkan bagi pelajar untuk berdaftar dengan MPM selepas tamat pengajian.

Baca juga:   Nilai kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor tertinggi di Malaysia

Sebelum ini MPM telah mengesan beberapa institusi dalam dan luar negara yang didapati mempunyai perbezaan pada nama kelayakan dan/atau nama institusi pada skrol ijazah asas perubatan daripada yang diwartakan dalam Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

Ia membabitkan 36 institusi pengajian dalam dan luar negara termasuk tujuh buah di Mesir iaitu Universiti Kaherah, Universiti Alexandria, Universiti Ainsham, Universiti Tanta, Universiti Al-Azhar, Universiti Mansoura dan Universiti Zagazig.

Berdasarkan daripada dapatan tersebut, MPM telah memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan surat layak daftar dan Sijil Pendaftaran Sementara kepada graduan-graduan daripada institusi yang terlibat.

Tindakan MPM itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan graduan perubatan kerana ada di antara mereka belum ditempatkan di mana-mana hospital untuk menjalani ‘housemanship’.

Bagaimanapun MPM kemudian meluluskan Pendaftaran Sementara graduan perubatan terbabit dengan serta-merta setelah mendapat kelulusan Penasihat Undang-undang (PUU) KKM. – Edisi 9

Baca juga:   GLU tawar kursus simbiotik antara 4 universiti

Terkini

Video tular guru bantu pelajar beg usang sentuh hati netizen

SATU rakaman video tular memaparkan kasih seorang guru terhadap seorang pelajar membawa beg yang sudah usang ke sekolah sejak...

Lagi Artikel Berkaitan