Thursday, June 4, 2026

3 tapak projek di Melaka, Johor diarah tutup

Mesti Baca

CYBERJAYA – Walaupun tindakan tegas diambil ke atas tapak-tapak pembinaan yang tidak mematuhi SOP, namun masih ada yang berdegil.

Ia terbukti  dalam Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 Lembaga Pembangunan Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)  di Melaka dan Johor semalam.

Di Melaka, operasi yang dilakukan di sekitar daerah Melaka Tengah telah memeriksa 16 tapak pembinaan dan daripada jumlah itu, 14 tidak beroperasi manakala dua lagi diarahkan menghentikan operasi kerana tidak patuh SOP.

“Kedua-dua tapak yang menjalankan projek pembinaan galeri jualan serta rumah kedai dan satu lagi projek pembinaan bangunan perniagaan 5 tingkat diarah menghentikan operasi dengan serta-merta oleh pasukan Penguatkuasaan CIDB Melaka kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan dan lain-lain kesalahan.

“Antara kesalahan itu termasuklah beroperasi tanpa kelulusan MITI, rumah penginapan pekerja tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), gagal mempamerkan ikrar akujanji CIDB, gagal menyediakan penyelia dan pegawai Covid-19, jumlah pekerja di tapak bina melebihi 60% yang dibenarkan dan beberapa kesalahan lain,” kata CIDB dalam kenyataan hari ini.

Di Johor menurut kenyataan itu,  CIDB negeri itu melakukan pemeriksaan di 19 tapak pembinaan sekitar daerah Johor Bahru.

“Daripada jumlah itu, 15 tapak tidak beroperasi manakala 4 lagi beroperasi tetapi satu tapak yang menjalankan projek pembinaan rumah keluarga angkatan tentera didapati tidak patuh SOP telah diarahkan untuk menghentikan operasi dengan serta merta kerana  tidak mematuhi SOP,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan