25.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Semua latihan kepakaran perubatan perlu dapat akreditasi KPT

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua latihan kepakaran perubatan yang ditawarkan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) perlu mendapat akreditasi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini termasuk program berstatus kerjasama atau berkembar bersama badan penganugerahan sijil antarabangsa.

Menurut beliau, ia keputusan bersama antara MPM dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta KPT yang mengadakan perbincangan mengenai pelaksanaan proses akreditasi oleh MQA bagi program latihan kepakaran perubatan dalam negara.

Berikut kenyataan penuh Dr Noor Hisham yang juga Ketua Pengarah Kesihatan:

Pada 15 Jun 2021, satu mesyuarat bersama telah diadakan di antara Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu bagi membincangkan pelaksanaan proses akreditasi oleh MQA untuk program latihan kepakaran perubatan dalam negara.

Untuk makluman, MPM telah mengiktiraf dua jenis kelayakan kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar di dalam National Specialist Register (NSR) iaitu:

  • Kelayakan dalam negara yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) tempatan Awam atau Swasta.

Bagi kelayakan ini, PPT perlulah berdaftar bersama KPT dan program latihan kepakaran perubatan ini diakreditasi oleh MQA menggunakan Malaysian Standards for Medical Specialist Training sebelum diiktiraf oleh MPM.

  • Kelayakan luar negara sama ada yang ditawarkan sepenuhnya di negara asal ataupun secara kerjasama dengan PPT tempatan.

Bagi kelayakan yang dijalankan sepenuhnya di negara asal kelayakan, proses akreditasi oleh MQA tidak diperlukan kerana program ini adalah di bawah badan akreditasi negara masing-masing. 

Advertisements

Bagi kelayakan yang ditawarkan secara kerjasama dengan PPT tempatan melalui program latihan kepakaran perubatan dalam negara pula, perlulah melalui proses yang sama seperti kelayakan tempatan.

Walau bagaimanapun, terdapat kelayakan luar negara yang diiktiraf MPM seperti mana yang dikenali sebagai Parallel Pathways di bawah kelolaan pihak KKM.

Pihak KKM terlibat dalam menyediakan kemudahan kepada calon-calon Parallel Pathways ini dari segi penyediaan slot latihan kepakaran berkaitan, seliaan on-the-job training dan bantuan kewangan kepada mereka sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan luar negara ini.

Mesyuarat bersama telah bersetuju untuk mengesyorkan supaya semua program latihan kepakaran perubatan yang ditawarkan dalam negara oleh PPT perlu berdaftar bersama KPT dan melalui proses akreditasi, ini termasuk program berstatus kerjasama atau berkembar bersama badan penganugerah sijil antarabangsa. 

Bagi kelayakan Parallel Pathways, mesyuarat bersetuju proses akreditasi MQA adalah tidak perlu memandangkan ianya bukan program latihan yang ditawarkan oleh PPT dalam negara dan KKM hanyalah menyediakan kemudahan bagi calon-calon dalam persediaan menduduki peperiksaan.

Mesyuarat MPM ke-407 pada 22 Jun 2021 telah mengambil maklum berkenaan perkara ini dan bersetuju dengan syor mesyuarat bersama MPM, MQA, KKM dan KPT.

Sehubungan dengan itu, pihak MPM bersama-sama MQA akan memastikan kualiti program pendidikan dalam negara yang melibatkan latihan kepakaran perubatan menepati standard yang telah ditetapkan.

Melalui usaha ini, lebih ramai pakar perubatan berkualiti tinggi dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan perubatan dan negara. – eDISI 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan