27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 5, 2022

Tindakan tegas secara bersepadu tangani isu hina agama, LGBT

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Mesyuarat  Khas Task Force Menangani Isu LGBT hari ini bersetuju untuk melaksanakan tindakan yang tegas secara bersepadu bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi gaya hidup LGBT khususnya dalam media sosial.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Bin Shaary berkata, antara tindakan itu ialah mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu.

“Selain mesyuarat juga  mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560] dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri.

“Ini bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam dan melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas yang disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Ahmad Marzuk berkata, tindakan lain ialah  menghasilkan satu SOP atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT.

Baca juga:   Kerjasama dengan PH beri jaminan kepada 'Kabinet Ismail Sabri'

“Tujuan Mesyuarat Khas pada hari ini ialah untuk membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

Baca juga:   NGO pelbagai agama kutuk isu sensitif dijadikan bahan jenaka

“Bulan Jun dianggap sebagai Gay Pride Month di mana gerakan LGBT di seluruh dunia, termasuk di Malaysia, sedang mempromosi gaya hidup mereka secara terbuka sama ada melalui perarakan atau media massa termasuk media sosial.

“Justeru, kita mendapati ada pihak tertentu yang memuat naik status dan grafik yang menghina agama Islam dalam media sosial tertentu sebagai usaha mereka mempromosi gaya hidup LGBT,” katanya.

Ahmad Marzuk berkata, dalam media sosial tertentu misalnya, tiada tapisan langsung terhadap kandungan video-video berkaitan hubungan sejenis yang giat disebarkan.

Pengantunan seksual atau sexual grooming terhadap kanak-kanak di bawah umur yang didakwa telah dilakukan oleh seorang transgender di media sosial beliau, yang mungkin boleh menjurus kepada perlakuan pedofilia, tidak pula diperjuangkan oleh kumpulan aktivis LGBT. 

“Ia menunjukkan betapa mereka bersikap double standard kerana hanya memperjuangkan isu secara terpilih yang menguntungkan pihak mereka,” katanya.

Justeru, tegas beliau, mesyuarat telah bersetuju untuk melaksanakan tindakan tegas bagi menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menangani masalah ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan