27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Komunikasi lucah: Polis tahan ‘safieyillias94’

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pemilik akaun Instagram ‘safieyillias94’ ditahan polis semalam berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan tangkapan tersebut.

Menurut beliau, polis memohon perintah reman terhadap pemilik akaun Instagram terbabit pagi tadi.

“Beri masa kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Dalam kenyataan berasingan malam tadi, Mohd Zaid berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika pemilik Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama ‘pipinatasha’ dan dua kanak-kanak bawah umur.

Beliau memberitahu, polis menerima laporan daripada seorang seorang pensyarah universiti pada pukul 1.29 tengah hari semalam yang melihat insiden berkenaan melalui pautan Instagram secara langsung milik ‘safieyillias94’.

“Pengguna Instagram ‘pipinatasha’ juga didakwa berpakaian seksi selain bersama ‘safieyillias94’ menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” jelasnya.

Rakaman video yang seterusnya tular dalam media sosial itu telah mencetuskan kemarahan netizen terhadap kelakuan menjijikkan yang ditunjukkan oleh pemilik akaun Instagram ‘safiryillias94’ dan ‘pipinatasha’.

Mereka kesal apabila melihat kanak-kanak bawah umur dieksploitasi dalam aksi yang memalukan dan mahu kedua-dua individu tersebut disiasat oleh pihak berkuasa. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan