27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Skuad Harimau Malaya selamat tiba di tanah air

Mesti Baca

CYBERJAYA – Skuad Harimau Malaya selamat tiba di tanah air dari Dubai, Emeriyah Arab Bersatu (UAE) selepas mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di negara itu dari 3 hingga 15 Jun lalu.

Pesawat sewa khas Malaysia Airlines membawa anak-anak buah Tan Cheng Hoe mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumput (KLIA) sebentar tadi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Facebook berkata, pesawat tersebut terlebih dahulu singgah di Bangkok, Thailand bagi menurunkan 13 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan mengharungi kejohanan Liga Juara-juara Asia (ACL) 2021 di sana.

Manakala baki lima lagi pemain yang berpangkalan di luar negara telah pun pulang ke destinasi masing-masing secara berasingan, semalam.

Mereka ialah Luqman Hakim Shamsudin (Belgium), Dion Cools (Denmark), Liridon Krisniqi (Australia) serta Dominic Tan dan Junior Eldstal (Thailand).

Baca juga:   Empat pegawai, 20 pemain NSFC positif Covid-19

Malaysia menamatkan saingan pusingan kedua kejohanan tersebut dengan menduduki tangga ketiga Kumpulan G di belakang tuan rumah UAE dan Vietnam dengan empat kemenangan dan empat kali kalah.

Bagaimanapun aksi di Dubai mendapat kritikan para peminat dan penyokong di tanah air selepas tiga pemain naturalisasi yang di bawa gagal menyerlah, bahkan prestasi mereka jauh lebih rendah daripada sebahagian besar pemain tempatan.

Dalam baki tiga perlawanan kelayakan tersebut Malaysia kalah teruk kepada UAE dengan 0-4, tunduk kepada Vietnam 1-2 sebelum menang tipis ke atas Thailand 1-0.

Baca juga:   Liverpool juara: Ini jawapan Menteri Agama tentang perasaannya

Kedua-dua jaringan Malaysia diperoleh menerusi sepakan penalti.

Walaupun hasrat Malaysia mara ke Piala Dunia tersekat namun mereka masih layak beraksi dalam pusingan ketiga Piala Asia yang dijangka berlangsung pada September dan Oktober tahun ini.

Sepanjang berada di Dubai, anak-anak buah Cheng Hoe turut diuji oleh Kuwait dan Bahrain dalam aksi pemanas badan namun kedua-dua perlawanan itu turut menyaksikan mereka tewas 1-4 dan 0-2. – Edisi 9

Terkini

Lawat ADNOC cari peluang kerjasama Petronas – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) bagi mencari peluang kerjasama antara...

Lagi Artikel Berkaitan