32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Guna kaedah walk in selepas semua selesai daftar vaksin

Mesti Baca

KOTA BHARU – Kaedah jumpa terus atau ‘walk in’ akan dilaksanakan di pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara selepas semua individu yang mendaftar untuk vaksinasi sudah menerima suntikan.

Memetik laporan BH Online, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangkakan proses suntikan vaksin dapat diselesaikan akhir tahun ini atau lebih awal.

“Untuk peringkat seterusnya, kita yakin selepas selesai suntikan vaksin kepada mereka yang berdaftar, kita akan buka secara ‘walk-in’ di semua PPV,” katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa PICK Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, Kelantan disasar mencapai imuniti kelompok membabitkan 1.2 juta rakyat di negeri itu pada Oktober ini, susulan pembekalan 550,000 dos vaksin bulan depan.

Menurut beliau, setakat ini, kira-kira 42 peratus rakyat di negeri itu sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Advertisements

“Saya melihat perkembangan imunisasi di Kelantan sangat baik dengan peningkatan kadar suntikan harian mencecah 12,000.

“Saya yakin sasaran kerajaan negeri untuk melakukan suntikan 30,000 sehari tercapai. Pada bulan hadapan, kita akan menghantar 550,000 dos vaksin ke Kelantan,” jelasnya.

Khairy menambah, Kelantan turut memohon untuk menambah lima PPV termasuk di Bachok, Kuala Krai, Machang dan Pasir Mas serta penambahan PPV klinik dan hospital swasta.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui laman Twitter berkata, jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 16 Jun 2021 adalah sebanyak 5,108,948 dos.

Beliau menjelaskan, sebanyak 204,839 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 3,632,195 orang. Daripada jumlah itu, 1,476,753 orang juga terima dos kedua,” ujarnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan