28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Semua kilang minuman keras tutup serta-merta

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas sahaja.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di Kampung Bunut dan Rumah Panjang Undum Anak Anchih di Sungai Duan, Mukah, Sarawak.

PKPD turut dikuatkuasakan di Taman Nikmat, Kampung Pirasan dan Kampung Dundau di Kota Belud serta Kampung Simpangan di Tuaran.

Pelaksanaan PKPD di semua lokaliti terbabit akan bermula pada 3 Jun hingga 16 Jun 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPD di Rumah Panjang Wun Anak Ering di Tanjung Manis, Mukah yang dijadualkan berakhir esok dilanjutkan sehingga 16 Jun.

Walau bagaimanapun, PKPD di Sekolah Kebangsaan Bakerkong, Tanjung Manis akan berakhir esok seperti yang dijadualkan.

Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di Lorong 2, Kampung Kongsi 8, Tawau esok, lebih awal daripada yang dijadualkan pada 12 Jun.

Berhubung tindakan peenguatkuasaan, beliau memaklumkan, semalam, 684 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, seramai 630 individu dikompaun, 45 direman manakala sembilan lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (175), gagal merekod butiran diri/ daftar masuk premis (143), rentas negeri/ daerah tanpa kebenaran/ makan di premis (83), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (79), tiada penjarakan fizikal (77), aktiviti pusat hiburan (9) dan lain-lain (118),” jelasnya.

Ismail Sabri berkata, scara kumulatifnya, sejak 1 Januari 2021, Op Benteng telah melakukan 1,339 tangkapan selain sebanyak 601 kes rampasan direkodkan selain pengusiran iaitu 229 kes.

“Dalam tempoh itu juga, seramai 3,523 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 211 orang tekong turut berjaya ditahan dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM219.4 juta,” – EDISI 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan