32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 2, 2022

PKP: MN Selangor desak industri arak tidak beroperasi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Muafakat National (MN) Selangor mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyemak semula status kilang-kilang arak yang diletakkan di bawah kategori perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP penuh 3.0.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Bersama MN Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Tan Sri Noh Omar yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, kebetulan dua buah kilang arak berlesen dalam negara terletak di negeri tersebut.

Ahmad Yunus Hairi (kiri) dan Noh Omar dalam satu program bersama Pas dan UMNO baru-baru ini. – Sumber: FB Noh Omar

“Kilang dan pengeluaran arak sangat tidak munasabah dikategorikan sebagai pembuatan perlu sebagaimana makanan dan minuman lain, dan sepatutnya ditutup dan tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP ini sebagaimana industri non-essential yang lain.

“MN Selangor berpandangan pada waktu kita berusaha dan berikhtiar memutuskan rantaian pandemik Covid 19 ini, jangan sekali-kali kita membuka pintu dan ruang kemurkaan Allah SWT. Langkah ini diyakini didukung oleh umat Islam dan rakyat Malaysia khasnya di negeri ini,” kata kenyataan tersebut.

Baca juga:   Majoriti tipis Parlimen, Shabery cadang lancar 'serangan Subuh'

Sehubungan itu kata kedua-dua pemimpin tersebut, sebagai mewakii  umat Islam dan rakyat yang prihatin, MN Selangor mendesak supaya industri arak dikeluarkan daripada senarai ekonomi perlu serta merta.

“MN Selangor turut menuntut agar kuasa menentukan sesuatu industri itu perkhidmatan perlu atau essential services perlulah diputuskan secara kolektif oleh MKN dan bukannya satu-satu kementerian agar kes seumpama kilang arak ini tidak berulang,” kata kenyataan tersebut. – Edisi 9

Baca juga:   Bomba selamatkan wanita dari terjun kondominium

Terkini

Aktif dalam pertubuhan belia bantu tambah merit ke IPTA

Oleh MOHD FAUZI FADZIL LAPORAN terbaru yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar menunjukkan bahawa...

Lagi Artikel Berkaitan