27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022

PKP penuh: 17 perkhidmatan dibenar beroperasi

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan 17 perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) penuh yang akan dilaksanakan mulai 1 hingga 14 Jun ini bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkarta itu berkata, dengan pelaksanaan PKP tersebut, semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali yang disenaraikan.

17 perkhidmatan tersebut ialah makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan perubatan, air, tenaga, keselamatan, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan, serta pengangkutan.

Selain itu, perkhidmatan dan pengurusan pelabuhan dan kargo, komunikasi termasuk media, telekomunikasi, pos dan kurier, perbankan dan insuran, kredit komuniti dan e-dagang serta teknologi maklumat juga dibenarkan beroperasi.

Turut dibenarkan ialah stesen minyak, hotel dan penginapan tetapi hanya untuk tujuan kuarantin dan pengasingan, pembinaan dan penyelenggaraan kritikal, perhutanan dan hidupan liar serta logistik yang terhad kepada perkhidmatan perlu.

“Tempoh dua minggu ini amat penting terutama bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung penularan wabak ini.

Baca juga:   COVID-19: Hotel lima bintang di Langkawi ditutup sementara

“Hanya dengan kerjasama dan disiplin, anda mampu membantu menyelamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh jika peningkatan kes COVID-19 tidak terkawal,” kata beliau.

Ismail Sabri mengumumkan demikian dalam sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam tempoh PKP penuh itu juga, semua sektor perkilangan tidak dibenarkan beroperasi melainkan untuk pembuatan aeroangkasa, makanan dan minuman, pembungkusan dan percetakan bahan makanan dan kesihatan sert barang-barang penjagaan diri.

Baca juga:   Satu lagi kes import varian Omicron dikesan di Singapura

Turut dibenarkan beroperasi ialah pengeluaran penjagaan kesihatan dan perubatan, pembuatan barang penjagaan diri dan peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah.

Kilang-kilang lain ialah kilang pembuatan komponen peranti perubatan, elektrikal dan elektronik, minyak dan gas, mesin dan peralatan berkaitan makanan dan kesihatan, tekstil untuk pengeluaran PPE serta pengeluaran dan pengagihan bahan api.

Ismail Sabri berkata, bagi sektor perdagangan pula semua kompleks membeli-belah ditutup kecuali pasar raya dan pasar raya besar, kedai farmasi dan penjagaan kesihatan dibenarkan beroperasi tetapi terhad kepada seksyen makanan dan keperluan asas sahaja.

“Restoran, gerai-gerai serta outlet makanan dibenar beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam, tetapi tidak dibenarkan dine in.

“Manakala dobi, kedai penjagaan dan makanan haiwan, kedai cermin mata, kedai barang pembinaan, bengkel kenderaan dan alat ganti, e-dagang dan pemborong dan pengendaran dibenar beroperasi,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Tiada cadangan laksana PKP menyeluruh - Ismail Sabri

Terkini

96 PPS sedia diaktif di KL dan Putrajaya -Rina Harun

BAGI persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini, sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) sedia diaktifkan. Dengan...

Lagi Artikel Berkaitan