26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Jangkitan positif baharu COVID-19 turun 6,999 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Setelah mencatatkan rekod tertinggi iaitu 9,020 kes semalam, jangkitan positif baharu COVID-19 di Malaysia hari ini turun secara mendadak kepada 6,999 kes.

Maklumat yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Facebook hari ini sekali gus menafikan berita palsu yang tular kononnya 10,290 kes baharu dilaporkan hari ini.

Secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan sebanyak 565,533 kes jangkitan positif sejak COVID-19 mula dikesan.

Selangor mencatatkan 2,477 kes jangkitan positif baharu diikuti Kuala Lumpur (616 kes), Kelantan (612 kes), Sarawak (513 kes), Negeri Sembilan (468 kes), Johor (433 kes), Kedah (422 kes), Pulau Pinang (248 kes) dan Pahang (239).

Pahang pula mencatatkan sebanyak 239 kes baharu diikuti Terengganu (214 kes), Perak (212 kes), Melaka (202 kes), Sabah (190 kes), Labuan (133 kes), Putrajaya (13 kes) dan Perlis (7 kes).

Selangor mencatatkan jumlah keseluruhan 184,815 kes setakat ini diikuti Sabah (62,037 kes), Kuala Lumpur (58,267 kes), Johor (57,894 kes), Sarawak (46,675 kes), Pulau Pinang (28,298), Kelantan (27,093 kes), Negeri Sembilan (26,052 kes) dan Perak (20,379 kes).

Baca juga:   Kes sembuh tertinggi, 20,988 kes baharu COVID-19

Kedah merekod jumlah kumulatif 18,445 kes diikuti Melaka (11,734 kes), Pahang (9,358 kes), Terengganu (8,567 kes), Labuan (3,556 kes), Putrajaya (1,864 kes) dan Perlis (499 kes).

Dr Noor Hisham menambah, terdapat sebanyak 78,017 kes aktif ketika ini di mana sebanyak 846 kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 419 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Baca juga:   Keputusan mahkamah kemenangan besar buat anak Pahang - MB

Beliau memberitahu, sebanyak 79 kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing 15 kes di Selangor dan Negeri Sembilan, 13 kes di Kedah, 12 kes di Johor, lima kes di Pulau Pinang, masing-masing empat kes di Terengganu dan Melaka, masing-masing tiga kes di Kuala Lumpur dan Sarawak, dua kes di Sabah serta masing-masing satu kes di Labuan, Perak dan Pahang.

Sebanyak 5,121 kes dilaporkan sembuh hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 484,787 kes.

Sebanyak 17 kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 2,163 kluster.

Jumlah yang telah tamat adalah 1,528 kluster manakala yang masih aktif adalah 635 kluster. – EDISI 9

Baca juga:   Covid-19: Rakyat 23 negara dilarang masuk Malaysia

Terkini

Rakyat Malaysia dibenar tunai umrah mulai Isnin

RAKYAT Malaysia dibenar mengerjakan umrah berkuat kuasa Isnin ini selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara, kata Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan